Sunday 29 March 2015

Asasi Sains Hayat UM

Assalamualaikum. Hi, guys.

Dalam entry kali ini, Anne nak share pasal Program Asasi Sains Universiti Malaya - PASUM for short. PASUM ni ada nama glamor juga tau - Perjalanan Aku Sebagai Umat Muhammad. Amacam?

Dalam blog Anne, Anne takkan ceritakan tentang kemudahan satu - satu universiti tu okay? Sebab apa? Sebab... Anne ni baru 18, belum masuk universiti pun lagi. So, Anne belum pernah rasa kehidupan dalam kampus. Tak beranilah nak cakap pasal keselesan duduk hostel, transport semua daripada bacaan kat blog orang lain je.

Okay, kalau korang dah isi upu korang akan perasan yang PASUM ni takde hashtag (#) pun. Tak ada hashtag maknanya tak ada interview lah kan? No no no. Macam yang korang tahu, UM ni kan universiti pertama malaysia, permintaan nak masuk universiti ni of course lah beriban kan. Nak dibuatkan cerita, UM akan buat interview juga sebelum ambil kemasukan student. 

Lagi satu, kalau korang betul - betul nak masuk UM tolonglah, buat UM sebagai pilihan pertama korang. Kalau tak, memang tak ada peluang nak masuk UM. Kalau sekadar nak test market, korang letak sebagai pilihan no 2, 3, 4 kirim salam lah. Korang pilihlah program lain. 

Hm... apa lagi eh? Okay, bila korang masuk UM ni akan ada ujian Bahasa Inggeris. Kenapa kena ada ujian? Ujian ni lah yang akan mengasingkan korang dalam group apa. Let me explain. Kalau english korang power, korang akan masuk Hayat 1, yang selebihnya masuk Hayat 2. Subjek untuk sains hayat PASUM ni ada Algebra, Calculus, Physics, Chemistry, Biology. 

Kalau korang nak tukar course, boleh. Nanti masa minggu orientasi akan diterangkan procedure nak tukar course. 

Talking about degree, UM akan khusus kan 40% student degree untuk former student UM. Faham tak? Contohnya, student perubatan yang baru akan diambil 200 orang setahun. Maknanya 80 orang yang dalam bidang perubatan adalah bekas pelajar UM. Ha.. macam tu.

I think that's all yang Anne boleh sampaikan dalam entry kali ini. Rajin - rajin lah baca okay? Sebab Anne rajin update kalau ada info yang Anne tertinggal. But, I will make it easier for you.

UPDATE : Tahun - tahun sebelum aku dulu, memang ada interview. Tapi tahun aku (kemasukan 2015) takde. So, depend on masa korang isi upu tu. Kalau ada # means ada interview. 

17 comments:

  1. pasal interview tu, memang ade ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu ada, macam tahun saya dulu (kemasukan 2015) takde. Kalau masa awak isi upu, takde #, means takde interview.

      Delete
    2. Biasanya student sains fizikal blh tak nk tukar ke sains hayat?

      Delete
    3. Biasanya student sains fizikal blh tak nk tukar ke sains hayat?

      Delete
    4. Itu saya kurang tahu. Dari apa yang saya baca sblm saya masuk asasi dulu, masa minggu orentasi tu boleh. Cuba tanya pihak pengurusan,

      Delete
    5. assalamualaikum..sye nk tnye boleh x..ape beza sains hayat dan sains perubatan ye?

      Delete
    6. Waalaikumsalam, sains perubatan kat mana ye? Kena tengok asasi mana awak apply. Sebab tak semua asasi akan dapat peluang untuk masuk degree yang sama. Contohnya asasi perubatan kat UIA boleh masuk medic, tapi bukan asasi sains UIA.

      Delete
  2. Assalamualaikum.apa beza asasi sains hayat dan asasi farmasi ye? And setiap sem untuk asasi sains hayat,course boleh sama ke? Last,asasi sains hayat boleh ke farmasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Allahu. Sorry, saya terlepas pandang comment ni. Beza dia ikut U. Kalau u yang dah ada asasi farmasi, hayat tak boleh pergi farmasi. Apa maksud awak course boleh sama?

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Apa beza sains hayat dan sains Perubatan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beza dia ikut U. Sains hayat akan belajar tentang benda2 asas kecuali fizik. Sains perubatan akan belajar focus sikit tentang perubatan.

      Delete
  5. Apa beza sains hayat dan sains Perubatan ?

    ReplyDelete
  6. Kalu dekat UM kan ad asasi sains fizikal dan asasi sains hayat,apa beza kedua dua ni??blajar brpe semester/tahun??bayaran yuran agak agk brape??

    ReplyDelete
  7. Erm klau dri aliran sain tulen; sains sukan elektif dengan fizik. Tapi, subjek kimia ,biologi, Dan addmath still ambil jugak,so utk students sain sukan ni, boleh ambil sains hayat x?

    ReplyDelete
  8. asasi sains ni kebanyakan subjek dlm bahasa apa? bm ke? kerana saya lebih memahami bi

    ReplyDelete
  9. Apa kerjaya yang boleh kita dapat lepas ambil asasi sains hayat ye? Dan ape course yang boleh saya sambung lepas ambil sains hayat?

    ReplyDelete